Mencari program bermanfaat buat anak-anak sempena cuti sekolah?
MARI SERTAI kami pada 3 & 4 Februari (Isnin &Selasa) / 5 & 6 (Rabu & Khamis) ini, untuk kami bantu ibubapa mengisi masa anak-anak dengan pengisian AlQuran dari surah ALKAHFI bertema :
TEGUH DENGAN ALKAHFI!
Program ini adalah kerjasama bersama
1) Surau Ar-Raudhah Seksyen 5, Bandar Bukit Mahkota
2) Surau AlFalah, Seksyen 9 Putrajaya.
Para peserta akan diberikan buku modul "Teguh Dengan AlKahfi" pada hari pendaftaran!

.jpg)
Masa cuti sekolah adalah satu peluang yang baik bagi anak-anak sekolah rendah untuk mengekspresikan diri dan menikmati aktiviti bermanfaat. Dalam usaha untuk memberi mereka pengalaman yang berharga dan menyeronokkan, kita boleh mengambil inspirasi daripada kisah Nabi-Nabi di dalam surah Al-Kahfi.


KEM CINTA ALQURAN insyaAllah membantu menyemai semangat dan kreativiti anak-anak!
Berikut adalah jadual aktiviti yang akan dijalankan sepanjang 2 hari.

*Makan tengahari disediakan.
Surah Al-Kahfi mengandung beberapa kisah yang menarik, seperti kisah Ashabul Kahfi (Penghuni Gua), kisah 2 Pemilik Kebun, kisah Nabi Musa dan Nabi Khidr, serta kisah Zulkarnain Peserta akan mendengar dan mempelajari kisah-kisah ini dengan bahasa yang mudah dipahami dengan gambar, video atau ilustrasi yang akan membuat mereka lebih tertarik.
Setiap kisah dalam Surah Al-Kahfi memiliki pesan moral yang penting, seperti keimanan yang kuat, kesabaran, dan bagaimana Allah selalu melindungi umat-Nya. Nilai-nilai yang ada didalam kisah ini dapat membantu para peserta untuk belajar dan sekaligus mengamalkan dalam kehidupan seharian.
.jpg)
Selain dari itu, para peserta akan diberikan masa untuk menghafal ayat-ayat dari Surah Al-Kahfi dengan cara yang menyenangkan. Misalnya, menggunakan lagu atau permainan hafalan seperti "lumba cepat hafal" atau "tebuk ayat", di mana mereka boleh saling membantu disamping bersaing secara sihat untuk menghafaz.


Selain daripada itu, kem ini berkonsepkan "Belajar sambil bermain". Pelbagai aktiviti sukan dan riadhah akan dijalankan untuk menghiburkan anak-anak serta merangsang minda mereka. Contohnya, permainan 'Explorace' akan membantu anak-anak memahami kisah AlKahfi dengan cara yang lebih interaktif dan menyeronokkan.

Jadi, mari kita bersama-sama menyemai semangat dan kreativiti anak-anak melalui kem ini yang penuh dengan aktiviti bermanfaat dan menyeronokkan. Dengan cara ini, kita dapat membantu mereka menjadi individu yang berwawasan dan berakhlak mulia seperti para Nabi dalam kisah AlKahfi.


Aktiviti Memanah pun ada tau! Ia adalah antara aktiviti yang sangat ditunggu-tunggu oleh para peserta dan juga para fasi! ;)
JEMPUT SEMUA UNTUK SERTAI KAMI!
BERIKAN ANAK-ANAK ANDA ILMU DAN PENGALAMAN BERHARGA ;)